RSS

Wednesday, March 3, 2010

Teori Pembelajaran yang berkaitan dengan Kreativiti

Aktiviti 1: Teori Behaviorisme


1)Dapatkan intisari teori pembelajaran behaviorisme

-Mengikut teori behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas.

- Behaviorisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui “dog-salivation-experiment”nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviorisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

- Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.


2)Kaitkan dengan kreativiti

ciri dari teori ini mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil, bersifat metakognitif, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, mementingkan latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar, mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya tingkahlaku yang diingini.

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

hasil pembelajaran harus segera diberitahu untuk dibetulkan.

proses belajar harus mengikut urutan yang betul supaya pelajar cepat memahami.



Aktiviti 2: Teori Pemprosesan Maklumat (Information processing) kognitif

1)Dapatkan intisari teori pembelajaran pemprosesan maklumat

- Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria organisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak. Ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan lapan fasa yang melibatkan proses pembelajaran :


i) motivasi
ii) kefahaman
iii) pemerolehan
iv) penahanan
v) mengingat kembali
vi) generalisasi
vii) pelakuan
ix) maklum balas


1)Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme kognitif

- Proses pemikiran berubah daripada lahir sehingga kematangan kerana "kita sentiasa berusaha memahami dunia"
- Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan :
i) kematangan (genetik)
ii) aktiviti : semasa kita bertindak ke atas persekitaran, kita akan meneroka, menguji, memerhati dan akhirnya menyusun maklumat supaya proses pemikiran bertambah maju
iii) transmisi sosial : belajar daripada orang lain
iv) ekuilibrasi

- Piaget menekankan peranan kematangan dalam keupayaan individu memahami dunianya

- Bagi Piaget, kanak-kanak berfikir dalam cara yang berbeza dari orang dewasa

- Menurutnya, kanak-kanak lahir dengan struktur mental yang paling asas yang menjadi asas kepada pembelajaran dan pengetahuan seterusnya

- Memperkenalkan teori tahap perkembangan kognitif

- Peringkat perkembangan kognitif Piaget
i) Sensorimotor (0-2 tahun)
ii) Pra-operasi (2-7 tahun)
iii) Operasi konkrit (7-11 tahun)
iv) Operasi formal (11 tahun ke atas)

2)Kaitkan dengan kreativiti.

Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya (PPK, 2001:9). Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktrivism adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui proses metakognitif .

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.

Dalam teori konstruktivism, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan situasi dunia sebenar.

Aktiviti 3 : Teori kognitif Sosial (Albert Bandura)

1)Dapatkan intisari teori pembelajaran kognitif social

Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku, sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Bandura (1977) menyatakan bahwa
"Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely onthe effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most humant behavior is learned obsevationally through modelling: from observing others one forms an idea of hor new behavior are performed, and on later occation this coded information serves as aguide for action".


Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Kondisi lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial ini.


Faktor-faktor yang berproses dalam belajar pemerhatian adalah :
1. Perhatian (Attention), mencakupi peristiwa peniruan (adanya kejelasan, keterlibatan perasaan, tingkat kerumitan, kelaziman, nilai fungsi) dan karakteristik pengamat (kemampuan , minat, persepsi, penguatan sebelumnya)
2. Penyimpanan atau proses mengingat (Retention), mencakupi pengkodean simbolik, pengorganisasian pikiran, pengulangan simbol, pengualangan motorik.
3. Reproduksi motorik (Reproduction), mencakup kemampuan fisik, kemampuan meniru, keakuratan umpan balik.
4. Motivasi, mencakup dorongan dari luar dan penghargaan terhadap diri sendiri (Motivation)

2)Kaitkan dengan kreativiti

- Memastikan pelajar menguasai kemahiran dan memperoleh fakta dengan tepat dengan ujian

ringkas

- Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari

- Mempelbagai banyak aktiviti latihan

- Memberi aktiviti pengayaan

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

-Merancang isi pelajaran mengikut kebolehan pelajar serta susunan yang sesuai

- Menyediakan alat bantu mengajar

- Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

Aktiviti 4 : Teori Konstruktivisme Sosial (vygotsky)

1)Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme sosial.

Vygotsky lebih banyak menekankan bahasa dalam perkembangan kognitif daripada Piaget. Bagi Piaget, bahasa baru tampil ketika anak sudah mencapai tahap perkembangan yang cukup maju. Pengalaman berbahasa anak tergantung pada tahap perkembangan kognitif saat itu. Namun, bagi Vygotsky, bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain. Awalnya, satu-satunya fungsi bahasa adalah komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi selanjutnya anak mendalami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk membantu memecahkan masalah. Dalam tahap praoperasional, ketika anak belajar menggunakan bahasa untuk menyelesaikan masalah, mereka berbicara lantang sembari menyelesaikan masalah. Sebaliknya, begitu menginjak tahap operasional konkret, percakapan batiniah tidak terdengar lagi.

2)Kaitkan dengan kreativiti

Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.

Pada satu sisi, Piaget menjelaskan proses perkembangan kognitif sejalan dengan kemajuan anak-anak, dan dia menggambarkan bahwa anak-anak mampu melakukan sesuatu sendiri. Pada sisi lain, Vygotsky mencari pengertian bagaiman anak-anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membedakan antara aktual development dan potensial development pada anak. Aktual development ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan potensial development membedakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, memecahkan masalah di bawah petunjuk orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Menurut teori Vygotsky, ZonPerkembangan Proksimal merupakan celah antara actual development dan potensial development, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer


Konstruktivisme adalah suatu teori belajar yang mempunyai suatu pedoman dalam filosofi dan antropologi sebaik psikologi. Pedoman filosofi pada teori ni ditemukan pada abad ke-5 sebelum masehi. Ketika Socrates memajukan pemikiran dari level sophist oleh metode perkembangan sistematis yang ditemukan melalui gabungan antara pertanyaan dan alasan logika. Metode baru ini yang mengkontribusi secara besar-besaran untuk memajukan aspek pemecahan masalah aliran konstruktivisme.

Aktiviti 5 : Teori Konstruktionisme (Seymour Papert )

1)Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktionisme

Papert (1980), anak buah Piaget telah menggunakan idea teori konstruktivsim dalam merekabentuk persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan komputer untuk menyokong pembelajaran misalnya program Logo yang bukan hanya membolehkan kanak-kanak mempelajari kemahiran bahasa tetapi untuk membantu mereka dalam perkembangan kognitif. Papert melihatkan Logo sebagai suatu alat yang menolong kanak-kanak menyelesaikan masalah. Dalam proses ini, pelajar akan memperolehi “powerful ideas” bagi menyelesaikan masalah amnya. Pandangan pembelajaran konstruktivis dan perkembangan kognitif memberikan tema yang penting dalam memahami persekitaran pembelajaran dalam rekabentuk perisian multimedia PPBK. Pelajar dianggap sebagai konstruktur yang aktif ke atas pengetahuan dunia yang diperolehi ( Boyle, 1997: 11). Papert telah memperkembangkan idea lain yang lebih relevan dengan rekabentuk IMLE yang lebih moden. “Microworlds” dibina dengan Logo membolehkan seseorang kanak-kanak membelajari secara aktif tentang konsep yang abstrak (Boyle, 1997:12). Konsep micorworlds ini berpotensi mewujudkan teknik yang berkesan bagi membina persekitaran pembelajaran secara interaktif dan berasaskan kepada psikologi konstruktivism.

2)Kaitkan dengan kreativiti

Beberapa pendekatan konstruktivism yang menggunakan komputer sebagai alat untuk membantu pembelajaran misalnya pemprosesan kata dan hamparan elektronik. Program yang dibina untuk meningkatkan pembelajaran dan penyelesaian masalah dikenali sebagai “mindtools” misalnya alat pemetaan berkonsep (concept mapping tools)yang merupakan paparan berbentuk grafik tentang pengetahuan konseptual (Boyle, 1997:26) . Di sini format visual dan aplikasi model mental perlu ditekankan. Menurut Jonassen dan Marra (1994), tujuan pemetaan adalah menjadikan pembelajaran lebih efektif. Kafai (1996) berpendapat pelajar yang merekabentuk dan mengimplementasikan perisian sendiri tentang sesuatu topik membolehkan mereka memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam.

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Berdasarkan prinsip pembelajaran konstruktivism juga, PPBK memungkinkan pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on”. Selain daripada pensel, buku latihan dan teks, komputer membolehkan pelajar bertukar-tukar maklumat serta-merta seperti melalui Internet, e-mail dan tutoran sama ada di antara individu dan bilik darjah secara jauh dan dekat. Ia membolehkan pelajar mengakses pangkala data, perkhidmatan maklumat talian terus dan sumber multimedia. Selain itu media lain seperti bahan “hands-on” seperti modul, buku , majalan , jurnal dan terbitan lain akan mengkomplimenkan perlaksanaan PPBK

Aktiviti 6 : Minimalisme (John M. Carroll )

1)Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme

teori ini adalah satu proses dalam merekabentuk arahan iaitu dalam menyediakan bahan latihan. ia juga melibatkan pergerakan dari pelbagai bentuk dan seni, terutamanya dalam seni visual dan muzik. teori ini juga mengatakan bahawa pelajar lebih suka meneroka kerana mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka.

2)Kaitkan dengan kreativiti

Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar. Bahan pengajaran guru mestilah dari sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar. Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan. Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial.

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Guru juga memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara dengan menyediakan pelbagai aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis, kawalan, refleksi dan penyedaran kendiri. Selain itu, pelajar juga memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran

Aktiviti 7 : Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)

1)Dapatkan intisari teori kecerdasan pelbagai (multiple intellegences)

Huraian definisi asas teori kecerdasan pelbagai adalah :

-Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

-Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

-Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya

-Kecerdasan pelbagai terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis. Secara mudah simbol dibawah menggambarkan setiap jenis kecerdasan yang melibatkan kecenderungan potensi seseorang dalam bentuk:

a)Verbal-linguistik – kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan

dan penulisan, termasuklah kebolehan meningat maklumat, meyakini orang lain,

serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

b)Logic-matematik – kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak

berhujah, termasuklah memahami kelompok nombot asam prinsip sebab-akibat

serta kebolehan menjangka

c)Visual-ruang - kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan

garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara

grafik.

d)Kinestatik – kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan

menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan,

kepantasan dan keseimbangan.

e)Muzik – kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu

mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.

f)Interpersonal – kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,

hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau

berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani

perasaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

g)Naturalis – kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuha, galian dan

binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga

merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan

makanan.


2)Kaitkan dengan kreativiti

pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang kesemua kecerdasan pelbagai yang terdapat serta pelajar-pelajar cuba aplikasikan dengan menggunakan kemahiran berfikir untuk berfikir untuk kehidupan harian mereka dan untuk hari yang akan mendatang. Justeru, pelajar dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih bermakna.

3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Terdapat pelbagai implikasi daripada aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri dan juga guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apabila kecerdasan pelbagai cuba diterapkan ataupun diaplikasikan oleh guru-guru di dalam bilik darjah dapat memberikan kesan yang baik kepada proses pengajaran dan mereka kepada pelajarnya. Dengan kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna, berkesan dan menarik atau menyeronok akan terhasil di dalam bilik darjah apabila guru mengaplikasikan kecerdasan pelbagai.


Aktiviti 8 : Teori kecerdasan Kecerdasan Triarchic (Robert Sternberg )


1)Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic

Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat. Dia mengkaji bagaimana maklumat mengalir ke dalam diri kita dan bagaimana maklumat ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah kecerdasan analitik (componential intelligence), kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) dan kecerdasan praktikal (contextual intelligence).

Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

Mengikut teori triarchic, kecerdasan mengandungi tiga aspek, yang mana berkait dengan kecerdasan kepada dunia dalam, kepada pengalaman dan kepada dunia luar. Kecerdasan memberikan tiga jenis illustrasi berkenaan dengan komponen pemprosesan maklumat 5 iaitu:

(a)Metakomponen (metacomponents) – proses tertinggi yang digunakan untuk merancang,

memantau dan menilai penyelesaian masalah. Metakomponen merupakan proses khas di dalam minda kita yang di digunakan di dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda kita. Ia akan memberitahu kita bagaimana untuk bertindak. Metakomponen ini juga dikenali dengan nama homunculus.

(b)Komponen prestasi (performance components)– proses yang digunakan

untuk mengimplimentasikan arahan daripada metakomponen


2)Kaitkan dengan kreativiti

Apabila teori Triarchic diserap ke dalam kurikulum, instruksionaldan juga kepada penilaian, guru-guru mula melihat bagaimana pelajar-pelajarnya “bijak” tanpa disedari melalui sistem persekolahan yang konvensional ataupun biasa. Usaha yang berterusan untuk meningkatkan prestasi sekolah akhirnya memberikan hasil yang memberangsangkan.

Dalam beberapa tahun, peningkatan telahpun berlaku dari pelbagai sudut seperti peningkatan dalam skor markah pelajar serta membina keyakinan yang tinggi dalam diri guru. Antara pencapaian yang terbaik ialah merapatkan jurang prestasi diantara pelajar yang majoriti dan pelajar minoriti.


3)Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Sebagai contohnya jika anda disuruh untuk membuat satu kertas ujian penggal sekolah. Untuk memastikan tugasan ini dapat dilakukan kita memerlukan tiga komponen ini. Anda akan menggunakan metakomponen untuk menentukan tajuk, merangka pelan, memantau penulisan, dan menilai sejauh mana kerja yang dihasilkan itu bertepatan dengan matlamat yang dimaksudkan. Anda akan menggunakan komponen perolehan ilmu pengetahuan (knowledge- acquisition components ) untuk membuat kajian bagi mempelajari topik. Selain itu, anda akan menggunakan komponen prestasi (performance components )untuk penulisan yang sebenar.