RSS

Monday, January 11, 2010

TUGASAN 1 DAN 2 : KAJIAN KEPUSTAKAAN

i) JURNAL KEMAHIRAN BERFIKIR


AN ICT-MEDIATED CONSTRUCTIVIST APPROACH FOR INCREASING ACADEMIC SUPPORT AND TEACHING CRITICAL THINKING SKILLS

Dick Ng’ambi

Centre for Educational Technology, University of Cape Town, South Africa

dngambi@ched.uct.ac.za

Kevin Johnston

Information Systems Department, University of Cape Town, South Africa

kjohnsto@commerce.uct.ac.za

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan sokongan akademik ke atas para pelajar dimana untuk menguji kesan penggunaan ICT untuk meningkatkan sokongan akademik ke atas pelajar dan untuk mengajar pelajar kemahiran pemikiran kritikal. Pelajar diperlukan untuk membina kemahiran pemikiran kritikal atau kemahiran literasi kritikal.

Satu kajian membandingkan kursus pengurusan projek di Universiti Cape Town dimana ia dijalankan selama dua tahun berturut-turut. Dalam tahun kedua pendekatan konstruktivisme ICT dijalankan dimana pelajar dapat memperolehi kemahiran pengurusan projek yang dapat digunakan untuk meningkatkan sokongan dan mengajar teknik pemikiran kritikal. Pensyarah boleh menggunakan ICT untuk menyelia pembelajaran, pemikiran kritikal dan perbincangan pelajar.

Hasil dapatan kajian mendapati kaedah pengajaran menggunakan pendekatan ICT membantu dalam meningkatkan pembelajaran pelajar.




ICT TO TRAIN STUDENTS TOWARDS CREATIVE THINKING

M. ALLEGRA, A. CHIFARI AND S. OTTAVIANO

Italian National Research Council

Institute for Educational and Training Technology

Via Ugo La Malfa, 153, 90146 Palermo – Italy

Kajian ini membincangkan mengenai peranan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat kognitif dalam bilik darjah. Kajian ini merujuk kepada konteks teoritikal berdasarkan kreativiti bukan hanya sebagai kemahiran fantasi dan imaginasi tetapi sebagai proses pembelajaran. Khususnya, berdasarkan eksperimen yang diterangkan, kajian ini menitikberatkan bagaimana pemikiran kreatif boleh merangsang melalui penggunaan ICT yang diintegrasikan dalam aktiviti kurikulum. Metodologi yang digunakan semasa menjalankan kajian adalah berdasarkan kepada “scaffolding” dan petunjuk pelajar untuk meningkatkan tahap pemikiran mereka melalui aktiviti kompleks seperti penulisan kreatif , menggunakan system multimedia dan sumber atas talian dan akhirnya mereka dan membangunkan hypertext.

Dengan menstrukturkan laluan pembelajaran dan aktiviti mikro, melalui fasa yang kompleks, guru mengintegrasikan ICT secara efektif dalam aktiviti kurikulum. Organisasi bagi setiap aktiviti adalah berbeza dengan yang lain dari segi kandungan dan tugasan yang diberikan, tetapi berdasarkan struktur umum yang disintesiskan seperti dibawah:

  1. Membahagikan pelajar kepada pasangan heterogen dan peranan
  2. Pilihan dan membuat persediaan bahan didaktik dan sumber untuk setiap kumpulan yang berbeza antara setiap kumpulan dan juga melengkapi matlamat keseluruhan.
  3. Persediaan arahan berdasarkan kepada aktiviti yang akan dibahagikan kepada langkah-langkah tertentu.
  4. Persediaan borang penilaian (ujian pra) berkenaan dengan topik yang pernah dipelajari dalam kelas yang dibangunkan dengan menggunakan ICT.
  5. Fasa penyelidikan yang mengandungi penemuan dan menghuraikan maklumat.
  6. Fasa sosialisasi maklumat dengan rakan-rakan sekelas.
  7. Persediaan borang penilaian (ujian pos).
  8. Mengintegrasikan bahan baru dalam mengeluarkan hiperteks.

Berdasarkan kepada kajian didapati bahawa dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk menulis, mengelola dan mempersembahkan maklumat, berkomunikasi dengan pelajar lain dan meneroka, mereka akan memperolehi teknik yang berbeza termasuk komunikatif, pragmatik, linguistik, teks dan kemahiran metakognitif.


Teachers' information and Communication Technology

(ICT) Skills and Practices of Using ICT

Jl. of Technology and Teacher Education (2001) 9(2), 181-197

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis hubungan antara kemahiran guru dalam menggunakan maklumat dan teknologi komunikasi terbaru dalam pemikiran pedagogi dan latihan yang digunakan. Kajian ini melibatkan 600 orang guru melalui kaedah kuantitatif. Revolusi maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) adalah satu cabaran utama untuk pembangunan profesional guru. Mereka perlu mempunyai kemahiran teknikalyang mencukupi untuk menggunakan kemudahan ICT secara produktif, serta untuk mengarahkan dan membimbing pelajar mengenai pengunaan ICT dengan penuh keazaman. Guru-guru bukan hanya perlu menjadi biasa dengan ICT tetapi juga memperolehi pengajaran kepakaran yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berasaskan teknologi "learning environment". Pengajaran dan amalan perlu dijelajahi untuk membangunkan dan memudahkan kemahiran pemerolhan pengetahuan peringkat tinggi. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa guru pada kebiasaannya menggunakan prinsip biasa dalam menekankan pembinaan yang aktif untuk menambahkan pengetahuan.


Mind Tools for Enhancing Thinking and Learning Skills


Cheryl L. Willis


Susan L. Miertschin

Dalam kajian ini menyediakan latarbelakang maklumat dalam pembangunan mengenai pemikiran kritis dan teknik belajar, peranan pembelajaran secara visual dalam pembangunan pemikiran kritis dan kaedah pembelajaran seperti peta konsep dan peta minda. Kemudian, skop projek akan diterangkan dimana ia akan menyediakan keputusan awalan dalam pembangunan yang diperlukan dalam pembangunan untuk menghasilkan modul pengajaran dan peta minda yang berfokus kepada aktiviti dalam pengajaran.


ii) BUKU BERKAITAN DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR


COMPUTER AS MINDTOOLS FOR SCHOOL
David H.Jonassen (2000)

Terdapat 15 bab dalam buku ini yang menerangkan mengenai kaedah untuk meningkatkan pembelajaran pelajar, pelajar akan mendapati topik seperti teknologi, penyelesaian masalah, teori pembelajaran, memproses perkataan, pangkalan data, lembaran sebaran, multimedia, grafik, internet dan pembelajaran jarak jauh amat berguna untuk meningkatkan mutu pembelajaran pelajar.

"Mindtools" adalah alat untuk mempersembahkan pengetahuan yang menggunakan aplikasi komputer seperti pangkalan data, rangkaian semantik (peta konsep komputer), lembaran sebaran, sistem pakar, sistem bahan permodelan dan persekitaran perbincangan secara langsung dan perbincangan menggunakan komputer untuk meningkatkan pemikiran kritis dikalangan pelajar.

Proses menggunakan alat ini adalah pendekatan alternatif untuk mengintegrasikan penggunaan komputer di sekolah. Buku ini juga menerangkan dengan terperinci kelebihan dan keburukan setiap alat "mindtools" yang digunakan.

Mengakses pemikiran kritikal dan hasil pembelajaran peringkat tinggi dimana "Mindtools" adalah sukar. Ini membolehkan pelajar membuat kesimpulan yang berbeza mengenai peranan sebagai guru dengan membenarkan pelajar untuk berbincang mengenai matlamat dan tujuan untuk diri sendiri.

Pemikiran kritis penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek komputer adalah kerana pelajar akan dapat memikirkan sesuatu diluar kotak pemikiran mereka. Apabila guru memberikan sesuatu soalan yang sukar, mereka tidak akan menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana minda mereka telah dilatih supaya berfikiran kritis dan kreatif.

0 comments:

Post a Comment