RSS

Monday, April 26, 2010

Pemikiran Reflektif dan Metakognisi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komputer/ICT

Aktiviti 1 : Pemikiran Reflektif

-Dapatkan tiga definisi pemikiran reflektif dari literatur.
  • Dewey menegaskan untuk berfikir secara reflektif, seseorang seharusnya mampu mencantumkan idea-ideanya untuk membentuk satu hala tuju yang stabil ke arah kesimpulan yang bersepadu akibat daripada pemikiran konsisten dan logik. Kebolehan ini disifatkan sebagai sumber asli yang ketiga untuk pemikiran reflektif.
  • Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai "active, persistent and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p.9).
  • Dengan berfikir secara reflektif, seseoran boleh "transform a situasion in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonius" (pp.100-101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.


- Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • Apabila seseorang menghadapi keadaan yang bermasalah, kecenderungannya ialah untuk terus bertindak dalam keadaan berkenaan dan cuba menggunakan sebarang cadangan dalam minda untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Pemikiran reflektif menghendakkan seseorang menangguhkan tindakan untuk mencari dan menilai penyelesaian. Justeru itu, fasa pertama ialah pengecaman penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi masalah berkaitan.
  • Manusia menunjukkan keinginan ingin tahu apabila ia menyoal tentang persekitarannya tanpa menunjukkan minat yang khas dalam bidang yang spesifik. Keinginan ingin tahu sosial merupakan bertanya orang lain untuk memberi penjelasan mengenai fenomena yang memerlukan jawapan fakta yang mudah dan secara terang.


-Kemukakan contoh bagaimana pemikiran reflektif dalam pengajaran dan pembelajaran komputer diaplikasikan.

  • Pemikiran reflektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer adalah memerlukan penggunaan pengalam-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan tindakan alternatif untuk mencapai objektif penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti 2 : Kognisi (Kognitif)

- Dapatkan 3 definisi kognitif/kognisi
  • Aspek berfikir boleh menjadi petunjuk kepada pembangunan diri seseorang.
  • Apek berfikir menyumbang kepada keefisienan dan keberkesanan dalam melakukan pekerjaan tertentu.
  • Keberkesanan berfikir penting disebabkan oleh perkembangan maklumat pada kadar pantas, memerlukan kemahiran "transferable" untuk mengendali kepelbagaian masalah dalam konteks yang berbeza pada masa berlainan sepanjang kehidupan.

-Sintesis definisi-definisi berkenaan.
  • Bukan sahaja aspek berfikir seperti kemahiran dalam berfikir itu penting malah aspek gaya individu itu berfikir juga adalah faktor yang boleh mementukkan kejayaan dan keberkesanan dalam pekerjaan seseorang individu.
  • Cara dimana individu berfikir dan mengatur persekitarannya, memilih sensori individu dan cara dimana individu menformulasi dan mengkomunikasikan idea.
  • Kebolehan seseorang mempersepsi sebahagian daripada bahan rangsangan.

-Kemukakan dengan contoh bagaimana soalan berbentuk kognisi boleh ditanya dalam sesi pembelajaran komputer

  • Teori Beban Kognitif mencadangkan bahawa pembelajaran berlaku dengan terbaik dalam keadaan yang setaraf dengan reka bentuk kognitif individu. Menurut Sweller et al., (1988),
    kajian yang dihasilkan oleh George Miller menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek mengehadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu. Oleh itu, Sweller telah membina teori ini dengan menggunakan skema atau gabungan beberapa elemen sebagai asas pengetahuan bagi seseorang individu.

Aktiviti 3: Metakognisi

-Dapatkan tiga definisi metakognisi (metacognition, metacognitive) dari literatur.

  • Metakognitif merupakan suatu istilah yang diperkenalkan oleh Flavell pada tahun 1976. Menurut Flavell, sebagimana diambil dari Livingston (1997), metakognitif terdiri daripada pengetahuan metakognitif dan pengalaman atau regulasi metakognitif. Pengetahuan metakognitif merujuk kepada pengetahuan mengenai proses-proses kognitif, pengetahuan yang dapat digunapakai untuk mengawal proses kognitif. Manakala pengalaman metakognitif adalah proses yang dapat diterapkan untuk mengawal aktiviti kognitif dan mencapai tujuan kognitif.
  • Metakognitif ialah kesedaran dan pengawalan terhadap proses kognitif tersebut dan kemampuan untuk menjanakan proses ini dalam mempertingkatkan daya pemikiran dan pembelajaran (Babbs & Moe, 1983; Brown, 1987; Flavell, 1987; Jones, Palincsar, Ogle & Carr; Stewart & Tei, 1983; Wong, 1986).
  • Sementara itu Margaret W. Matlin (1998:256) dalam bukunya yang berjudul Cognition, menyatakan "Metacognition is our knowledge awereness and control of our cognitive process". Metakognitif, menurut Matlin, adalah pengetahuan, kesedaran dan kawalan terhadap proses kognitif yang terjadi pada diri sendiri.

-Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
  • Kemampuan seseorang dalam belajar yang mencakupi bagaimana proses belajar dilakukan, apa yang sudah dan belum diketahui, yang terdiri daripada tiga tahap iaitu merencana mengenai apa yag harus dipelajari, bagaimana, bila mempelajari, pemantauan terhadap proses belajar, serta evaluasi terhadap apa yang telah direncanakan, dilakukan, serta hasil dari proses tersebut.
  • Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.
  • Metakognisi merupakan kemampuan untuk menyedari, mengetahui, proses kognisi yang terjadi pada diri sendiri.

-Kemukakan contoh soalan metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • Mengingat pentingnya peranan metakognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, berupaya untuk meningkatkan hasil pembelajaran dengan meningkatkkan metakognitif mereka. Mengembangkan metakognotf pelajar bermaksud membangunkan keinginan untuk belajar secara aktif. Guru bertindak sebagai perancang aktiviti pembelajaran dan bertanggungjawab dalam mengembangkan metakognisi pelajar dengan mendorong pelajar untuk menjalankan proses berfikir, membimbing pelajar dalam mengembangkan strategi belajar yang efektif, meminta pelajar membuat refleksi dalam pembelajaran,
    membimbing pelajar supaya suka bertanya, menunjukkan kepada pelajar bagaiman teknik mempelbagaikan pengetahuan, sikap, nilai, keterampilan dari suatu situasi ke situasi yang lain.

Aktiviti 4: Perbandingan dan Perkaitan

-Apakah perbezaan antara pemikiran reflektif dengan metakognitif.
  • Pemikiran reflektif - satu proses menyeluruh untuk seseorang melakukan manipulasi mental kepada input deria dan data yang diingati semula bagi memformulasi idea menaakul atau menghakim.
  • Metakognitif - aktiviti berfikir peringkat tinggi kerana aktiviti ini mampu mengawal proses berfikir yang berlaku pada diri sendiri.

-Apakah persamaan antara pemikiran reflektif dengan metakognitif.

  • melibatkan proses pemikiran menggunakan proses kognitif dalam fikiran.
  • melibatkan proses mengingat semula sesuatu yang dipelajari.

-Apakah perkaitan pemikiran reflektif dengan metakognitif serta kemukakan contoh dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • perkaitan antara pemikiran kognitif dan metakognitif adalah melibatkan proses-proses kognitif iaitu menggunakan kemahiran berfikir dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment