RSS

Sunday, April 18, 2010

Pemikiran Pragmatik

Aktiviti 2:

- Apakah maksud pragmatik?
  • Yule (1996) menyebut empat definisi pragmatik iaitu bidang yang mengkaji makna, bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya, bidang yang melebihi kajian mengenai makna yang diberikan dan bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi percakapan tertentu.
  • Thomas (1995) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna (speaker meaning) dan kedua dengan menggunakan sudut pandang kognitif dimana ia menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation).
  • Leech (1983) melihat pragmatik sebagai bidang dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Perhubungan ini disebut semantisisme iaitu melihat semantik sebagai sebahagian dari pragmatik.


- Dapatkan tiga definisi pemikiran pragmatik dari literatur.
  • Pemikiran pragmatik memberikan tumpuan terhadap perkara yang dapat dilaksanakan, sesuai dengan situasi, dapat diperoleh, dimabil kira , kemungkinan terjadi.
  • Pemikiran pragmatik mengambil kira realiti alam sebenar. Setiap rancangan mengandungi lebih daripada satu pelan tindakan. Kemungkinan pemikiran pragmatik ini kurang sesuai dengan ahli akademik kerana mereka selalunya berfikir secara ideal dengan mengambilkira faktor realiti kehidupan.
  • mengambil kira faktor luaran dan dalaman dalam proses pemikiran semasa pengajaran dan pembelajaran.


- Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
  • sesuai dalam proses pengajaran kerana ia memberi tumpuan dalam semua perkara yang dilaksanakan.
  • lebih menumpukan kepada realiti kehidupan.
  • memerlukan lebih penumpuan dalam pengajaran.

- Kemukakan contoh pemikiran pragmatik dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya perkembangan intelek mereka

0 comments:

Post a Comment