RSS

Sunday, April 18, 2010

Pemikiran Strategik

Aktiviti 3:

- Dapatkan tiga definisi pemikiran strategik dari literatur.
  • Leidtka (1998) telah membina satu model yang menyifatkan pemikiran dengan sifat yang jelas dan spesifik iaitu sistem perspektif, berfokuskan hasrat, bijak merebut peluang, berfikiran kehadapan dan menjalankan hipotesis.
  • Pemikiran strategik adalah keupayaan untuk menambah nilai matlamat jangka panjang, dengan "win-win"antara kedua-dua organisasi dan individu. Adalah mungkin apabila majikan menghargai setiap pekerjaan yang dilakukan dan berfokus kepada memastikan matlamat tercapai. Sebagai pemikir strategik, majikan akan menggunakan keupayaan (analitikal dan kreativiti) untuk menghasilkan nilai inovasi dalam strategi, proses dan produk dengan berfokus kepada penilaian.
  • Pemikiran strategik berfokus kepada dapatan dan menghasilkan peluang yang unik untuk menghasilkan nilai dengan membolehkan komunikasi kreatif diantara sesama individu untuk mengembangkan kebolehan mereka.
- Kemukan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
  • Adalah input untuk perancangan strategik- pemikiran strategik yang baik membuka potensi peluang untuk mewujudkan nilai dan cabaran mengenai sesuatu perancangan.
  • Pemikiran strategik adalah cara untuk memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
  • Pemikiran strategik adalah suatu pemikiran yang membolehkan pelajar menghasilkan sesuatu output yang kreatif yang pada kebiasaannya tidak mejangkaui pemikiran mereka.

- Kemukakan contoh pemikiran strategik dalam pengajaran dan pembelajaran
komputer.
  • Contoh pemikiran strategik dalam pengajaran dan pembelajaran komputer adalah dalam proses pengajaran guru menggunakan semua prinsip yang terdapat dalam pemikiran strategik dan menyuruh pelajar menggunakan prinsip tersebut untuk memudahkan pengajaran.

0 comments:

Post a Comment