RSS

Sunday, April 18, 2010

Pemikiran Sistem

Aktiviti 1

- Apakah maksud sistem dan apakah komponen sistem ?
  • Sistem adalah sekumpulan unsur atau elemen yang saling berkaitan dan saling mempengaruhi dalam melakukan kegiatan bersama untuk mencapai tujuan.
  • Suatu sistem adalah satu jaringan kerja dari prosedur-prosedur yang saling berhubungan, berkumpul bersama-sama untuk melakukan satu kegiatan atau untuk menyelesaikan suatu sasaran yang tertentu.
  • Suatu sistem terdiri dari sejumlah komponen yang saling berinteraksi, yang bererti saling bekerjasama membentuk satu kesatuan. Komponen-komponen sistem atau elemen-elemen sistem dapat mewakili suatu subsistem dari sistem. Setiap sistem tidak kira betapapun kecilnya, biasanya mengandungi komponen-komponen atau subsistem-subsistem. Setiap subsistem mempunyai sifat-sifat dari sistem untuk menjalankan suatu fungsi tertentu dan mempengaruhi proses sistem secara keseluruhan. Jadi, dapat dibayangkan jika dalam suatu sistem ada subsistem yang tidak berjalan/berfungsi sebagaimana mestinya. Sistem tersebut tidak akan berjalan dengan lancar atau mungkin juga sistem tersebut tidak mencapai tujuan sebenar.

- Dapatkan tiga definisi pemikiran sistem dari literatur.

  • Secara amnya, pemikiran sistem adalah cara untuk membantu individu untuk melihat sistem dari perspektif yang luas termasuk melihat keseluruhan struktur, pola-pola dan pusingan dalam sistem, daripada hanya melihat peristiwa yang spesifik sahaja dalam sistem.
  • Pemikiran sistem menghasilkan pelbagai jenis prinsip dan alat untuk menganalisis dan mengubah sistem.
  • Pemikiran sistem adalah satu cara dalam memahami realiti yang menekankan perhubungan antara bahagian sistem lebih daripada bahagian mereka sendiri.
  • Pemikiran sistem adalah proses memahami bagaimana benda-benda mempengaruhi satu sama lain dalam keseluruhan sistem.
- Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan.
  • pemikiran sistem adalah kaedah yang dapat membantu pelajar untuk memahami struktur dan pola dalam sesuatu pembelajaran.
  • pemikiran sistem dapat digunakan dalam memudahkan pemahaman sesuatu fakta kepada bentuk yang lebih mudah dan senang difahami.
  • pemikiran sistem melibatkan keseluruhan fakta pelajaran untuk digabungkan menjadi satu dan memudahkan pelajar.

- Kemukakan contoh bagaimana pemikiran sistem dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer
diaplikasikan.
  • dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar mestilah memahami sesuatu pelajaran dengan menekankan perhubungan antara setiap bahan yang dipelajari dengan bahagian mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment