RSS

Sunday, April 18, 2010

Penyelesaian Masalah Kreatif (PMK)

Aktiviti 3:

- Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah Kreatif dari literatur.

  • Secara mudah, pemikiran kreatif ialah pemikiran yang dapat mencari alternatif yang pelbagai bagi satu-satu aspek. Contohnya seseorang pelajar yang dapat menyelesaikan satu persoalan matematik dengan pelbagai kaedah, dianggap mempunyai pemikiran kreatif.

  • Dalam pendekatan ini, pelajar mempelajari secara eksplisit strategi atau kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar diberi banyak peluang untuk berlatih menggunakan strategi-strategi penyelesaian masalah secara berkesan. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih strategi yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beberapa strategi yang dipelajari dalam pendekatan ini ialah melukis gambarajah, senarai sistematik, menolak kemungkinan, logik matriks, mencari pola, teka dan semak, sub-masalah berpatah balik, membina model, menyusun maklumat, memudahkan masalah, menjalankan eksperimen dan menggunakan formula.

  • Pemikiran kreatif merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan kesahan atau kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.


- Kemukakan sintesis dari definifi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran komputer.


  • Para pelajar didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak.
  • Ini adalah kerana pelajar tersebut mempunyai kebolehan untuk bertindak secara efektif hasil daripada pembelajaran secara kreatif yang diaplikasikan.
  • membolehkan pelajar cepat memahami apa yang dipelajari.



- Kemukakan contoh.

  • Penerokaan pengaturcaraan merupakan satu kaedah mengajar pelajar satu cara berfikir mengenai sesuatu situasi yang seterusnya berkembang menjadi satu idea pengaturcaraan. Proses penerokaan hanya berlaku apabila pelajar diberi masalah pengaturcaraan yang bermakna dan mencabar. Melalui penerokaan pelajar akan mengalami proses penyelesaian masalah kreatif dan seterusnya membentuk model sendiri dengan membawa kepada pengetahuan pengaturcaraan. Pelajar juga melakukakn proses bermain-main (messing around) dengan idea-idea pengaturcaraan dengan melihat contoh, membuat tekaan dan penyoalan. Apabila pelajar sedang meneroka, dia bukan sahaja memcuba untuk menyelesaikan masalah tertenti tetapi cuba mempertingkatkan kefahaman mengenai sesuatu situasi.



0 comments:

Post a Comment