RSS

Sunday, April 18, 2010

Literasi Visual

Aktiviti 2 :

- Dapatkan tiga definisi literasi visual dari literatur.
  • Literasi visual dalam pendidikan membangunkan keupayaan untuk memahami, membuat makna, dan berkomunikasi melalui kemudahan visual, kebiasaannya dalam bentuk imej atau multimedia.
  • Literasi visual adalah kebolehan untuk mentafsir, merunding dan membuat makna maklumat yang disampaikan dalam bentuk imej. Literasi visual adalah berdasarkan kepada idea gambar yang boleh dibaca dan makna dapat dikomunikasikan melalui satu proses membaca.
  • Definisi konsep literasi visual adalah perkara yang kompleks, terdapat pelbagai perspektif dimana ia menimbangkan apakah makan menjadi menggunakan visual. Sebagai contoh, Schiller (1987) mencadangkan pelbagai media visual seperti komputer, video dan sebagainya mempunyai karakteristik yang tersendiri dan kemahiran yang spesifik untuk dipelajari. Dondis (1973) mempersetujui dimana setiap medium mempunyai struktur yang tersendiri dan metodologi dapat meningkatkan literasi visual.

- Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • Literasi visual adalah komponen penting yang diperlukan dalam bidang pendidikan kerana pelajar lebih mudah memahami sesuatu pelajar dengan menggunakan deria mereka seperti deria melihat, merasa dan sebagainya.
  • Dengan menggunakan deria, pelajar dapat memaparkan maklumat yang mereka lihat dan memproses supaya mereka lebih memahami maklumat tersebut.
  • Literasi visual membolehkan pelajar melahirkan makna hasil daripada proses pembelajaran mereka.

- Kemukakan contoh.
  • Dengan menggunakan kaedah visual dalam proses pengajaran seperti menggunakan video untuk mengajar sesuatu topik supaya pelajar mudah faham dan tidak merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang sama. Dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pelajar dapat memfokuskan apa yang dipelajari dan lebih mendalami pembelajaran mereka.

0 comments:

Post a Comment