RSS

Sunday, April 18, 2010

Pemikiran Visual

Aktiviti 1 :

- Dapatkan tiga definisi pemikiran visual (visual thinking) dari literatur.
  • Pemikiran visual adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
  • Pemikiran visual adalah fenomena biasa dalam pemikiran proses visual menggunakan bahagian otak yang emosi dan kreatif untuk menguruskan maklumat dalam satu cara intuitif dan serentak.
  • Adalah pendekatan untuk memahami, menghasilkan, dan berkomunikasi. Koleksi visual berdasarkan konsep dan metod seperti visualisasi maklumat, peta minda dan persembahan visual (apa yang dipelajari dari filem dan komik)

- Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran
komputer.

  • Berfikir dalam gambar adalah satu daripada perbuatan bukan lisan seperti kinestatik, muzikal dan pemikiran matematikal. Pemikiran yang pelbagai dan cara pembelajaran termasuklah visual, kinestatik, muzikal, matematik dan gaya pemikiran verbal adalah sebahagian daripada latihan yang digunakan oleh guru pada masa sekarang.
  • Pemikiran visual dan pelajar visual adalah tidak sinonim, mereka berfikir dalam gambaran yang telah diketahui umum sebagai lebih baik dalam pembelajaran visual. Manakala, pembelajaran dan gaya pemikiran adalah berbeza mengikut pemikiran setiap individu.
  • Pemikiran visual amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk meransang minda pelajar untuk menggunakan semua deria mereka untuk memudahkan mereka memahami apa yang dipelajari.

- Kemukakan contoh.
  • Dengan menggunakan pemikiran visual dalam pengajaran dan pembelajaran subjek komputer, pelajar dapat melihat secara visual apa yang dipelajari dan mereka akan lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.

0 comments:

Post a Comment