RSS

Sunday, April 18, 2010

Perbandingan dan Perkaitan

Aktiviti 6:

- Apakah perbezaan antara literasi visual, media, multimedia dan maklumat.
  • literasi visual kebolehan untuk mentafsir, merunding dan membuat makna maklumat yang disampaikan dalam bentuk imej. Literasi visual adalah berdasarkan kepada idea gambar yang boleh dibaca dan makna dapat dikomunikasikan melalui satu proses membaca.
  • literasi media pula adalah keupayaan untuk menyemak dan menganalisis mesej yang diberikan seperti maklumat dan hiburan yang digunakan setiap hari.
  • literasi multimedia adalah kebolehan untuk membaca dan menulis dan banyak bahan media digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • literasi maklumat adalah keupayaan mendapatkan makna, menilai akses , menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber.

- Apakah persamaan antara literasi visual, media, multimedia dan maklumat.
  • kesemuanya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • sangat bergunakan untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran.
- Apakah perkaitan pemikiran visual dengan literasi media, multimedia, maklumat.
  • kesemunya adalah proses menggunakan minda dalam mencari makna untuk memahami sesuatu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • juga untuk menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat sesuatu keputusan.
- Kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk meransang minda pelajar untuk menggunakan semua deria mereka untuk memudahkan mereka memahami apa yang dipelajari.

0 comments:

Post a Comment