RSS

Monday, April 26, 2010

Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer (5 Minda Masa Depan)

Aktiviti 1 : Minda Disiplin (Disciplined Mind)

-Dapatkan intisari minda disiplin oleh Horward Gardner
  • Seseorang mempunyai pola pemikiran minimal mengenai sesuatu disiplin atau pengetahuan.
  • Seseorang harus memiliki paling kurang satu disiplin ilmu atau kerangka berfikir yang sangat berkuasa untuk memecahkan segala masalah.
  • Minda disiplin juga bermaksud seseorang harus sentiasa melatih diri untuk meningkatkan prestasi diri.
-Berikan contoh bagaimana minda disiplin boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
  • minda disiplin boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer dengan menggunakan pemikiran yang sentiasa terbuka dan mengetahui sesuatu disiplin ilmu untuk dipelajari.

Aktiviti 2 : Minda Pensintesisan (synthesizing mind)

-Dapatkan intisari minda pensintesisan oleh Howard Gardner
  • Mengintegrasikan idea dan pemikiran dari disiplin ilmu yag berbeza.
  • Seseorang individu mampu menggabungkan pelbagai pola pemikiran dan disiplin ilmu agar dapat mengumpulkan maklumat dan pengetahuan dari berbagai sumber serta melahirkan idea dan ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat. Oleh sebab itu, seseorang individu dituntut untuk mengintegrasikan pelbagai jenis disiplin ilmu, pengetahuan serta kemahiran berfikir.

-Berikan contoh bagaimana minda pensintesisan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
  • menyepadukan semua pelajaran yang dipelajari oleh pelajar dengan menggunakan ilmu dalam proses pengajaran lain d

Aktiviti 3 : Minda Penciptaan (creating mind)


-Dapatkan intisari minda penciptaan oleh Howard Gardner
  • Menyelesaikan masalah melalui pemikiran kritis dan idea inovatif
  • Seseorang individu mestilah mempunyai kemahiran berfikir kreatif, kreativiti tersebut digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah.
  • Kreativiti disini bermaksud kemampuan mencipta sesuatu yang tidak boleh diidentifikasikan komponennya dan ia tidak terbatas kepada sesuatu perkara sahaja.


-Berikan contoh bagaimana minda penciptaan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
  • menggunakan proses pemikiran kritis dan kreatif selain itu pelajar juga dapat berfikir secara kognitif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Aktiviti 4 : Minda Penghormatan (respectful mind)


-Dapatkan intisari minda penghormatan oleh Howard Gardner
  • Perbezaan dengan individu lain
  • Seseorang individu seharusnya memiliki minda penghormatan agar dapat menerima dan menghargai pendapat yang dikemukakan oleh orang lain, agar dapat bekerjsama, dan mampu mencipta suasana keterbukaan dan hubungan timbal balik serta bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
  • Minda penghormatan sangat penting untuk diterapkan dalam diri setiap individu.


-Berikan contoh bagaimana minda penghormatan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
  • setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan apabila dalam proses pengajaran adalah guru sepatutnya menggunakan pendekatan yang berbeza untuk setiap pelajar.

Aktiviti 5 : Minda Etika (ethical mind)


-Dapatkan intisari minda etika oleh Howard Gardner
  • Berfikir untuk orang lain demi kepentingan bersama
  • Minda etika adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk berfikir diluar keinginan peribadi dan diluar kotak pemikiran diri yang dimiliki. Sebenarnya, minda etika sangat berhubungan dengan minda penghormatan dan minda pensintesisan dan minda penciptaan.
  • Seperti dasar pemikiran penghormatan iaitu hak, kewajipan serta kemahuan seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain. maka minda etika adalah sama seperti itu sehingga dimana digunakan untuk menempatkan diri dan bersikap serta apa yang boleh dan dapat diperbuat.
  • Individu yang memiliki minda etika semestinya sangat cerdas kerana individu tersebut harus dapat menggunakan kemampuannya dan dapat bekerjasama dan menggabungkan pelbagai pengetahuan dengan minda kreativiti yang dimiliki.

-Berikan contoh bagaimana minda etika boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
  • menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza untuk memudahkan pelajar cepat memahami apa yang dipelajari.

0 comments:

Post a Comment