RSS

Sunday, April 18, 2010

Aktiviti 5: Definisi Kreativiti dan Inovatif

1) Kreativiti

(a) Dapatkan 3 definisi kreativiti dari literatur

Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa.


Beberapa tokoh dalam disiplin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:
“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“... sebagai gaya hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membawa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)

(b) Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

Salah satu daripada sumber kreativiti ialah merujuk kepada kepakaran seseorang. Banyak buku yang boleh memberi sumber pemikiran yang kreatif yang tidak boleh dibayangkan banyaknya. Sekiranya kita bukan merupakan ulat buku tidak mengapa tetapi melalui tontonan tayangan gambar boleh memberi idea yang menarik melalui jalan ceritanya. Kegemaran ini boleh dijadikan tips bagi seseorang itu memperoleh idea yang kreatif. Oleh yang demikian kreativiti tidak boleh dipaksa. Kita memerlukan ketenangan dalam mencari idea yang kreatif. Sekiranya kita dalam keadaan tertekan disebabkan kita terpaksa membentangkan sesuatu dalam jangka masa yang pendek kita mungkin akan gagal. Dengan beberapa pengecualian, kreativiti boleh terhasil dalam keadaan kita tertekan dan menghasilkan sesuatu yang baik. Dari itu sentiasalah menulis sesuatu idea apabila terfikirkannya walaupun terjaga di tengah malam dari tidur. Jangan kita fikirkan bahawa anda akan ingat sehingga esoknya jika tidak menulisnya. Sekiranya anda tidak mencatatnya anda akan lupa. Fikiran kreatif boleh datang pada bila-bila masa. Dari itu kita perlu sentiasa bersedia.

2) Inovatif

(a) Dapatkan definisi inovatif dari literatur
  • inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan.
  • inovatif adalah kesan daripada aplikasi keuoayaan kreatif khususnya dalam industri yang memerlukan konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan yang baru.
  • inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

(b) Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru
  • satu cara untuk memperkenalkan idea baru untuk membuat sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru.
  • inovatif adalah satu proses mengeluarkan idea dan mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang baru.
  • walaupun idea dihasilkan melalui proses tertentu seperti rekacipta, pembangunan, pengeluaran dan sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut benar-benar dapat digunakan dan dimanfaatkan.
3) Apakah perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer
  • pelajar akan dapat berfikir secara kreatif menggunkan minda untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru, asli, berbagai, luarbiasa, bernilai dan provokatif.
  • mengembangkan dan memperluaskan daya imaginasi kreatif dan inovatif untuk mendapatkan idea.
  • melihat sesuatu perkara secara menyeluruh.

0 comments:

Post a Comment