RSS

Sunday, April 18, 2010

Penginterasian Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran komputer/ICT

Aktiviti 1

- Bincang kebaikan pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran hanya berfokus kepada satu kursus sahaja, jadi pelajar akan memfokuskan pemikiran hanya kepada kursus tersebut.
  • Pelajar hanya akan didedahkan dengan pemikiran kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pelajar akan berkebolehan untuk berfikir dengan berkesan dimana pemikiran yang berkesan amat penting dalam dunia yang kian kompleks dan canggih.


- Bincang kelemahan pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing
  • Pelajar tidak akan dapat mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam subjek yang dipelajari.
  • Pelajar tidak akan dapat mengenalpasti situasi dimana perlu menggunakan kemahiran berfikir apabila perlu.


Aktiviti 2

- Bincangkan kebaikan dan kelemahan teknik kemahiran berfikir diajar secara tersurat dalam
kursus.
  • Kebaikan - Antara kebaikan kemahiran berfikir diajar secara tersurat dalam kursus pengajaran adalah pelajar akan dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam diri mereka walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
  • Kelemahan - Pelajar sukar untuk berfikir secara kritis dan kreatif kerana mereka tidak memahami konsep asas teknik kemahiran berfikir tersebut.
- Berikan contoh bagaimana teknik ini boleh diintegrasikan dalam kursus komputer.
  • Teknik kemahiran berfikir boleh diintegrasikan dalam kursus komputer dengan memberikan permasalahan supaya pelajar dapat melakukan pemikiran aras tinggi supaya dapat menyelesaikan permasalahan tersebut.

Aktiviti3

- Bincangkan kelemahan dan kekuatan kaedah kemahiran berfikir digabungjalin secara tersirat
dalam kursus-kursus.
  • Kekuatan - Antara kekuatan kemahiran berfikir digabungjalin secara tersirat dalam kursus komputer adalah pelajar dapat megintegrasikan setiap pengajaran dengan menggunakan kemahira berfikir.
  • Kelemahan - Antara kelemahan kemahiran berfikir digabungjalin secara tersirat dalam kursus komputer adalah pelajar tidak dapat membezakan dan mengetahui masa yang sesuai kemahiran berfikir perlu diaplikasikan dalam proses pembelajaran
- Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer.
  • Kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer dengan memberi permasalahan yang membolehkan pelajar berfikir diluar kotak pemikiran mereka.
Aktiviti 4

- Berikan contoh bagaimana kaedah gabungjalin secara tersirat dan tersurat dilaksanakan dalam
kursus komputer.
  • Kaedah gabungjalin secara tersirat dan tersurat dapat dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan semua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

0 comments:

Post a Comment