RSS

Sunday, April 18, 2010

Perbandingan dan perkaitan

Aktiviti 3 :

- Apakah perbezaan antara pemikiran visual dengan literasi visual.
  • pemikiran visual adalah pendekatan untuk memahami, menghasilkan, dan berkomunikasi. Koleksi visual berdasarkan konsep dan metod seperti visualisasi maklumat, peta minda dan persembahan visual.
  • Literasi visual adalah kebolehan untuk mentafsir, merunding dan membuat makna maklumat yang disampaikan dalam bentuk imej. Literasi visual adalah berdasarkan kepada idea gambar yang boleh dibaca dan makna dapat dikomunikasikan melalui satu proses membaca.

- Apakah persamaan antara pemikiran visual dan literasi visual.
  • kedua-duanya adalah pendekatan untuk memahami sesuatu pelajaran.
  • melibatkan proses rangsangan fikiran untuk mempelajari sesuatu.

- Apakah perkaitan pemikiran visual dengan literasi visual.
  • saling berkaitan antara satu sama lain dimana ianya digunakan untuk merangsang minda pelajar supaya lebih cerdas dalam pelajaran.

- Kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
  • Dengan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut dalam proses pengajaran seperti menggunakan video untuk mengajar sesuatu topik supaya pelajar mudah faham dan tidak merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang sama. Dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pelajar dapat memfokuskan apa yang dipelajari dan lebih mendalami pembelajaran mereka.

0 comments:

Post a Comment