RSS

Wednesday, March 3, 2010

Penyelesaian Masalah Kreatif

Aktiviti 1 (PENYELESAIAN MASALAH):

a) Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah dari literatur

- Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi

- Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan sesuatu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

- Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai oleh pemikiran peringkat tinggi. (Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad)

b) Kemukakan sintesis dari definisi2 berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.

- Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan

- Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen (Meramal, menyelesaikan masalah

harian, mengemukakan idea-idea baru dan yang asli, menilai pendapat, idea, maklumat,

tindakan dan luahan perasaan estetika berdasarkan kriteria dalaman dan luaran merupakan

proses kognitif pada aras pemikiran ini) mengenai masalah dikemukakan

- Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran

- Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah

- Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh baru

bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan.

- Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan

- Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan

pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran

0 comments:

Post a Comment