RSS

Sunday, April 18, 2010

Pembelajaran berasaskan Masalah (PBM)

Aktiviti 2 :

- Dapatkan tiga definisi pembelajaran berasaskan masalah dari literatur.

  • PBM dikatakan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. (Zaharatul Laili)
  • PBM merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran.
  • Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya (Universiti Teknologi Malaysia 2005).
  • Hall (2006) menyatakan bahawa PBM adalah teknik yang terbentuk daripada perkara-perkara tanpa sedar yang berlaku dalam kehidupan seharian.
  • Bagi Torp dan sage (2002) pula, PBM berfokuskan kepada pengalaman pembelajaran yang melibatkan mind on dan hands on yang disediakan melalui penyiasatan dan keputusan daripada masalah yang sebenar.

- Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran
dan
pembelajaran komputer.

  • PBM merupakan pendekatan pembelajaran yang mana masalah merupakan titik tolak dalam proses pembelajaran.
  • pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar diberi panduan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.
  • Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topik yang diajar dan berdasarkan situasi sebenar.
  • Secara implisitnya, pelajar menggunakan minat dan pengalaman yang ada pada mereka semasa proses P&P.
  • Aktivti-aktiviti pembelajaran merupakan asas kepada proses dalam PBM.
  • Pelajar memahami secara mendalam tentang sesuatu topik.
  • Pembelajaran berasaskan kerjasama dalam kumpulan.
  • PBM merupakan proses pembelajaran aktif dan reflektif.


- Kemukakan contoh
  • Dalam PBM, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat.
  • Dalam strategi pengajaran ini, guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar.

0 comments:

Post a Comment