RSS

Sunday, April 18, 2010

Penyelesaian Masalah (PM)

Aktiviti 1 :

  • Dapatkan tiga definisi Penyelesaian Masalah dari literatur.
- Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang berfikir
secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu
untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

- Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi
mengendalikan sesuatu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu
yang diingini dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

- Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan
kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai dengan
pemikiran peringkat tinggi. (Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub dan Mohd
Zohir bin Ahmad) .

  • Kemukakan sintesis dari definisi dari definis-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer, pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah adalah perlu kerana dalam belajar mengenai komputer, seseorang
perlu berfikir secara mendalam dan kreatif contohnya apabila membuat pengaturcaraan,
para pelajar harus berfikir dalam pelbagai cara untuk mencari penyelesaian pengaturcaan
tersebut.

- Daya pemikiran diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer
dimana daya pemikiran diperlukan untuk membuat aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer, apabila membangunkan sesuatu
pengaturcaraan kemahiran diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  • Kemukakan contoh
- Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan.

- Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen (meramal, menyelesaikan masalah
harian, mengemukakan idea-idea baru dan yang asli, menilai pendapat, idea, maklumat,
tindakan dan luahan perasaan estetika berdasarkan kriteria dalaman dan luaran merupakan
proses kognitif pada aras pemikiran ini) mengenai masalah dikemukakan.

- Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran.

- Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah.

- Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh baru
bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah boleh diaplikasikan.

- Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan.

- Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan
pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.


2 comments:

RIZZNA said...

singgah sini kejap...check2 utk input assignment saya....thanks :)

Unknown said...

maaf tuan tiru ayat sikit

Post a Comment